9/19/2011

Cara Letak Butang Tweet Twitter di Blog

Salam Jiwa Semua,


Sekarang tiba masa untuk tutorial bahasa melayu kedua blog Rentak Jiwa ni, kali ni tutorial bertajuk cara letak butang tweet twitter di blog . Kalau sebelum ni tutorial untuk letak button like facebook dekat blog , kali ni untuk twitter pulak.

Mari kita mulakan tutorial Cara Letak Button Tweet Twitter di Blog.

**Jangan lupa untuk backup template korang. Aku takkan bertanggungjawab kalau korg sendiri menghancurkan blog korang. hehe**



Cara Letak Butang Tweet Twitter di Blog



1. Pergi ke http://twitter.com/goodies/tweetbutton untuk dapatkan code butang.

2.Pilih satu daripada tiga design butang yang ada.

3. Jikalau korang ada account twitter, isikan nama akaun twitter korang di Di bahagian "Recommend People To Follow" supaya setiap kali post anda di-tweet, ia akan sertakan nama account twitter korang.


4. Copy code di bahagian kotak seperti bawah ni.



5.Sekarang, letakkan di blog korang. Cari code dibawah ni,
< data:post.body/ > 



6.Letakkan code yang dicopy dari Twitter tadi SELEPAS code di no 5. Kalau nak button tweet twitter ni selepas tajuk post korang, letakkan code ni SEBELUM code no 5 tu.




7. Save template korang dan try la klik butang tweet twitter tu. InsyaAllah akan jadi macam kat bawah ni bila button Tweet tu ditekan. :)



Kalau ada apa-apa masalah or pertanyaan, boleh letak kat komen dibawah. Aku akan cuba menjawab sebaik mungkin . :)

Sekian untuk tutorial cara letak butang tweet twitter di blog .

Sekali lagi, kalau nak demo, boleh tekan butang tweet kat bawah ni. :)


9/18/2011

Cara Letak Butang Like Facebook di Blog


Salam Jiwa Semua,

Buat pertama kalinya, aku nak post tutorial. Kenapa? Sebab aku cuba carik artikel/post berkaitan dengan perkara yang aku nak buat ni, tapi haram tak jumpa. Tu lah satu kelemahan internet ni, susah nak cari information atau tutorial bahasa melayu . So, apa-apa yang aku rasa kurang information kat internet ni, aku akan cuba tambah. Konon-konon berbakti kepada komuniti. LOL.

Aku akan cuba sebaik mungkin untuk terangkan macam mana nak letak button like kat blog .Okay. Mari kita mulakan tutorial kita yang bertajuk Cara Letak Butang Like Facebook di Blog Bahasa Melayu.

**Jangan lupa untuk backup template korang. Aku takkan bertanggungjawab kalau korg sendiri menghancurkan blog korang. hehe**

Cara Letak Butang Like Facebook di Blog

1. Lepas dah login blogger korang, pegi ke tab "Design" . Kemudian pilih Edit HTML.

2. Tick Expand Widget Templates. (gambar dibawah)

3. Search di dalam coding itu untuk
< data:post.body/ > 

4. Copy dan Pastekan code dibawah ini SELEPAS code di step no 3.


<iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&amp;layout=standard&amp;show_faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

5.Tekan Save Template dan korang preview blog korang. InsyaAllah akan jadi la button like facebook tu. Kemudian, Adjust kedudukan dia secukup rasa.

Kalau ada apa-apa masalah or pertanyaan, boleh letak kat komen dibawah. Aku akan cuba menjawab sebaik mungkin . :)

Sekian untuk tutorial cara letak button like facebook di blog.

Oh ya, kalau nk demo butang ni, boleh click button Like Facebook kat bawah ni . :)

9/14/2011

Aku Tak Akan Tengok Filem Nasi Lemak 2.0


Salam Jiwa semua,


Post kali ni bukan untuk menghentam/menjatuhkan/memandang rendah hasil kerja orang lain. Cuma post ni untuk menceritakan pendapat aku tentang filem ini.

Walaupun filem ni tak keluar wayang lagi masa post ini ditulis, tapi aku memang dah niat dan berjanji yang aku TAK NAK tengok filem ni. Aku BOIKOT filem ni. Aku boikot sampai xnak letak poster die pon kat blog aku ni. Bukan sebab filem ni d
ihasilkan org berbangsa cina, aku tak pernah racist sampai macam ni skali. Bukan sebab filem ni dihasilkan guna kamera DSLR saha. Bukan sebab tajuk filem ni adalah makanan yang sedap. Bawah ni aku listkan 10 sebab2 aku taknak tengok filem Nasi Lemak 2.0 .

1. Filem ini dihasilkan oleh NameWee . Korang tak kenal dia siapa? Tahniah. Dia ni orang yang dah beberapa kali kutuk negara Malaysia tercinta ni. "Remix" lagu Negaraku menjadi Negarakuku, buat lagu kutuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga kalau tak silap aku pernah buat lagu kutuk gadis bertudung.


2. Aku rasa sebab no 1 diatas ni dah cukup untuk jadi sebab2 kenapa aku taknak tengok filem ni. Main point : Kutuk negara sendiri.

Aku ni bukan la sorang yang terlalu patriotik tapi pada pendapat aku, kalau orang tu sekali dah kutuk kehormatan negara (lagu negara), beliau tak patut diberi peluang sebegini. Nampak macam baik sangat sampai kita bagi dia betul-betul bebas.


baik aku tengok nasi lemak kat bawah ni....