Cara Letak Butang Tweet Twitter di Blog

Salam Jiwa Semua,


Sekarang tiba masa untuk tutorial bahasa melayu kedua blog Rentak Jiwa ni, kali ni tutorial bertajuk cara letak butang tweet twitter di blog . Kalau sebelum ni tutorial untuk letak button like facebook dekat blog , kali ni untuk twitter pulak.

Mari kita mulakan tutorial Cara Letak Button Tweet Twitter di Blog.

**Jangan lupa untuk backup template korang. Aku takkan bertanggungjawab kalau korg sendiri menghancurkan blog korang. hehe**



Cara Letak Butang Tweet Twitter di Blog



1. Pergi ke http://twitter.com/goodies/tweetbutton untuk dapatkan code butang.

2.Pilih satu daripada tiga design butang yang ada.

3. Jikalau korang ada account twitter, isikan nama akaun twitter korang di Di bahagian "Recommend People To Follow" supaya setiap kali post anda di-tweet, ia akan sertakan nama account twitter korang.


4. Copy code di bahagian kotak seperti bawah ni.



5.Sekarang, letakkan di blog korang. Cari code dibawah ni,
< data:post.body/ > 



6.Letakkan code yang dicopy dari Twitter tadi SELEPAS code di no 5. Kalau nak button tweet twitter ni selepas tajuk post korang, letakkan code ni SEBELUM code no 5 tu.




7. Save template korang dan try la klik butang tweet twitter tu. InsyaAllah akan jadi macam kat bawah ni bila button Tweet tu ditekan. :)



Kalau ada apa-apa masalah or pertanyaan, boleh letak kat komen dibawah. Aku akan cuba menjawab sebaik mungkin . :)

Sekian untuk tutorial cara letak butang tweet twitter di blog .

Sekali lagi, kalau nak demo, boleh tekan butang tweet kat bawah ni. :)


1 comment:

Pages